Thursday 4 October 2012

i-praktis 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1 ) ___________ialah sultan yang adil dan berjiwa rakyat.
 
2) "Biarlah ___________sahaja ke sana,"kata Hang Tuah kepada 
      bendahara.
 
3) Pada cuti sekolah yang lalu,mereka sekeluarga tidak ke
     _______________.
 
4) ____________yang menjumpai pensel saya,sila pulangkannya
    kepada saya.
 
5) "______________tidak bersetuju dengan tindakan tuan
     hamba,"kata Tun Perak kepada Hang Jebat.



Wednesday 3 October 2012

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kepada kata nama khas dan kata nama am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima golongan kecil ,iaitu:

i)kata ganti nama diri
  contoh :kata ganti nama diri pertama : aku,saya,patik,beta,hamba,kita,kami
                 kata ganti nama diri kedua    : awak,anda,engkau,kamu,kalian
                 kata ganti nama diri ketiga    : dia,ia,beliau,baginda

ii)kata ganti nama tanya
   contoh:siapa,apa,mana

iii)kata ganti nama tempat
   contoh:sini,sana,situ

iv)kata ganti nama tunjuk
    contoh:ini,itu

v)kata ganti nama tak tentu
   contoh:apa-apa,siapa-siapa,mana-mana,bila-bila





i-Praktis (1)


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1) ____________syarikat itu sedang bermesyuarat di pejabat.
    A. Pengurus         B.Seniman         C.Dermawan       D. Pengemis

2)Terdapat banyak ___________di dalam air longkang yang bertakung itu.
    A. kekisi               B.rerama            C.tetupai             D. jejentik

3)Jemputlah makan ____________yang saya sediakan ini.
    A.juadah                B.resipi              C.menu               D.rempah

4)Terdapat lima prinsip utama dalam ________________.
    A.Rukun Jiran        B.Rukun Negara      C.Rukun Tetangga         D.Rukun Kejayaan

5)Ani telah dilantik sebagai_____________ kelab.Oleh itu,dia bertanggungjawab dalam hal ehwal   
   kewangan kelab.
   A.urus setia            B.bendahari              C.setiausaha               D.kerani
        

Tuesday 2 October 2012

Kata Nama

Kata Nama tergolong kepada kata nama am,kata nama khas dan kata ganti nama.

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umum sifatnya.Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis,iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.

a)Kata nama am abstrak
   Contoh: impian,kerajinan,niat,kebijaksanaan

b)Kata nama am konkrit

Contoh:
lautan












buluh













panda









Kata Nama Khas

Kata Nama Khas merujuk khusus kepada:
-nama orang
-haiwan
-benda
-perbadanan(institusi)
-pertubuhan
-syarikat
-undang-undang
-bangsa
-bahasa
-pangkat,dan sebagainya.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kepada kata nama khas dan kata nama am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima golongan kecik,iaitu:
a)kata ganti nama diri
b)kata ganti nama tanya
c)kata ganti nama tempat
d)kata ganti nama tak tentu
e)kata ganti nama tunjuk