Wednesday, 3 October 2012

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kepada kata nama khas dan kata nama am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima golongan kecil ,iaitu:

i)kata ganti nama diri
  contoh :kata ganti nama diri pertama : aku,saya,patik,beta,hamba,kita,kami
                 kata ganti nama diri kedua    : awak,anda,engkau,kamu,kalian
                 kata ganti nama diri ketiga    : dia,ia,beliau,baginda

ii)kata ganti nama tanya
   contoh:siapa,apa,mana

iii)kata ganti nama tempat
   contoh:sini,sana,situ

iv)kata ganti nama tunjuk
    contoh:ini,itu

v)kata ganti nama tak tentu
   contoh:apa-apa,siapa-siapa,mana-mana,bila-bila





3 comments: