Tuesday 2 October 2012

Kata Nama

Kata Nama tergolong kepada kata nama am,kata nama khas dan kata ganti nama.

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umum sifatnya.Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis,iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.

a)Kata nama am abstrak
   Contoh: impian,kerajinan,niat,kebijaksanaan

b)Kata nama am konkrit

Contoh:
lautan












buluh













panda









Kata Nama Khas

Kata Nama Khas merujuk khusus kepada:
-nama orang
-haiwan
-benda
-perbadanan(institusi)
-pertubuhan
-syarikat
-undang-undang
-bangsa
-bahasa
-pangkat,dan sebagainya.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kepada kata nama khas dan kata nama am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima golongan kecik,iaitu:
a)kata ganti nama diri
b)kata ganti nama tanya
c)kata ganti nama tempat
d)kata ganti nama tak tentu
e)kata ganti nama tunjuk


            

No comments: